Saturday, November 22, 2008

Kali Pertama

Sejak Jun 2008 aku memasang angan-angan dan hasrat untuk memiliki sebuah blog. Aku merasa cemburu apabila rakan seangkatan membina blognya yang bagiku amat menarik dan informatif. Aku berkali-kali dicabar oleh dia. Tetapi setiap kali hasrat hendak dizahirkan setiap kali itulah pelbagai perasaan menguasai diri. Mampukah aku untuk menulis? Katanya, tidak sukar apabila kita telah memulakan.

Setelah dicabar lagi beberapa kali (dengan si dia yang lain pula), aku memberanikan diri. Hari ini (22.11.08), jam 11:00 pagi aku memanggil si "cute" (cute ker? Hahaha...) untuk mengajar aku. Dan akhirnya terhasillah sebuah blog yang diberi nama AKU, DIA, KAMU.

Aku ditanya oleh si "cute" kenapa AKU, DIA, KAMU. Jawapanku mudah saja. Hidup kita dikelilingi oleh alam dan manusia. Yang berinteraksi secara terus dengan kita adalah manusia iaitu aku, dia dan kamu sendiri. Yang akan mengisi cetusan nuraniku nanti juga adalah berkaitan dengan diriku, dirinya dan diri kamu semua yang berada di sekelilingku.

Terima kasih untuk dia yang telah mencetuskan semangat untukku menulis. Terima kasih kepada kamu yang meluang masa untuk membaca. Tahniah untuk aku yang berani sedikit untuk keluar dari ruang lingkup yang biasa.

Aku tidak petah berbicara. Kadang-kadang ada sesuatu ingin kusampaikan tetapi tidak terluah dengan kata-kata. Inilah ruang yang akan aku guna sebaik mungkin, jika berkelapangan.

KALI PERTAMA aku ini diharap tidak menjadi KALI TERAKHIR......

2 comments:

Unknown said...

Salam Tahniah dan selamat datang ke dunia blog.Menulislah dengan ikhlas pandang ke hadapan. Jangan lihat lorong-lorong di kiri dan kananmu kerana lorong-lorong itu kadang-kadang ada hantu kecuali kalau ia benar-benar akan memudaratkan mu.Tutupkan mata dan menulislah dari hati. Ia pasti akan menarik minat kerana hanya hati yang akan menyentuh hati.

mie3425 said...

Saya mengucapkan tahniah kepada Atie Ysl kerana telah berjaya membina Blog. Untuk membina blog bukanlah sukar tetapi untuk pengisian blog begitu menyukarkan. Hanya orang yang kreatif dan kritis sahaja yang akan menjadikan blog itu segar setiap masa. Menulislah apa yang baik untuk semua, walaupun agak pahit untuk diterima oleh pembaca dan apa yang penting ialah kejujuran anda. Apa pun tahniah sekali lagi kerana tulisan yang dipaparkan begitu baik.