Thursday, November 27, 2008

Hati-Hati Di Jalan Raya

Petang ni hajat nak balik awal, tapi hujan lebat sangat. Walaupun berbumbung tapi rasa takut nak memandu masa jalan licin masih belum hilang. Kemalangan tak terduga pagi 5 November lalu menjadi pengajaran. Meski tiada kecederaan tapi memandangkan hampir seharian kat Balai Polis Gombak , mengundang rasa fobia. Jadi, sambil itu cuba tukar template blog ni yang asalnya kaler pink tu.

Imbas balik kisah 5 Nov. Kemalangan bumper to bumper melibatkan 8 buah kereta, hanya kerana bungkusan plastik sampah dari lori mana entah. Polis ambil laporan sorang saja. Lepas buat laporan, kena jumpa Sarjan pulak untuk soal siasat kejadian. Yang nak buat siasatan tu pun sorang juga. Sambil dok menunggu giliran untuk bersemuka dengan Sarjan, tiba-tiba nampak kelibat Sarjan tu naik kereta polis. Mana pulak dia pergi? Haru ni. Sampai pukul berapa nak tunggu? Rupanya Sarjan keluar pergi tempat kemalangan lain yang baru dilaporkan. Daripada pukul 11:00am kat balai sampai pukul 4:30pm baru selesai.

Oleh sebab itu, berhati-hatilah di jalan raya.


1 comment:

Unknown said...

Memang kalau dah namanya kemalangan-pergi balai takdenya sekejap mesti makan separuh hari. Tanyalah cek ni yang kertu dah banyak kali terlibat dengan benda-benda ni.Semuanya itu takdir kalau kita hati-hati orang lain pula yang tak berhati-hati..mcm mana?