Tuesday, March 3, 2009

Pengalaman Pertama di Kuching

Berkunjung ke Sarawak adalah sesuatu yang diimpikan tetapi mendengar perkhabaran daripada beberapa teman bahawa tiada apa-apa yang istimewa di Sarawak, menyebabkan keinginan pudar.

Tetapi cadangan sepupu yang mengajak, ditambah pula dengan tawaran tambang murah AirAsia, saya tidak teragak-agak lagi memenuhi ajakan. Pemergian kami seramai 11 orang ke Kuching amat bermakna dan menyeronokkan.

Hari pertama tiba (21 Feb 2009), kami bertemu dengan rakan dari Semenanjung yang sudah 2 tahun bekerja di Sarawak. Beliaulah yang menjadi pemandu pelancong (thanks Shamsul). Makan tengah hari kami di sebuah kafeteria yang terletak dalam bangunan Tun Jugah. Merasalah mee kolok yang popular di Sarawak. Hari pertama, kami hanya bersiar-siar di Water Front dan kebetulan kami menginap di Grand Margarita (dulunya Holiday Inn) yang betul-betul berhampiran water front. Selain itu, sempat juga meninjau kedai cenderamata di Main Bazaar.


Bergambar berlatar belakangkan bangunan Dewan Undangan Negeri
Sarawak yang masih dalam pembinaan.

Jeti di Water Front. Bangunan putih
di belakang adalah Astana - dibina pada 1870
oleh Charles Brooke untuk isterinya Ranee Margaret. Sekarang adalah kediaman Gabenor.

Sebelah malamnya kami ke pasar Satok (terletak di Jalan Satok) yang popular dengan jualan barangan cenderamata yang murah. ‘Rombongan Cik Kiah’ kami kali ini bertambah seorang lagi kenalan baru yang memang berasal dari Kuching. Zamri namanya. Kami makan malam di gerai berhampiran pasar tersebut. Semasa makan malam, ada antara kami memesan minuman yang mempunyai nama yang agak pelik – ‘amoi cantik’ dan ‘lady white’.

Inilah rupa 'amoi cantik' dan 'lady white'.

Makan punyalah lama hingga tak sedar bahawa jam telah menunjukkan ke angka 10. Malang sekali bagi kami kerana pasar dah tutup. Hahaha… padan muka.

Nota : Pasar Satok / Sunday Market dibuka pada hari Sabtu (6:00 petang – 10:00 malam), dan hari Ahad (pagi – 12:00 tengah hari). Kebanyakan peniaga adalah dari kalangan wanita Bidayuh.


Tidak sah kalau ke Kuching tapi tak bergambar dengan kucing.

3 comments:

mie3425 said...

Wah Atie diam-diam pergi Kuching. Apabila menyebut tentang Holiday Inn Kuching, terkenang kepada saya sewaktu saya bertugas untuk Persidangan MABBIM di Kuching, juga menginap di sana. Sambil mandi di kolam renang yang terletak di tebing sungai, juga kelihatan kedai minyak Shell di tebing sungai.

en_me said...

salam akak tewww.. me nk pinjam gambo 'amoi cantik' teww.. volleee kannns

Atie_sl said...

en_me : OK aje.... kita pun tak rasa air tu... tapi member kata biasa-biasa aje...