Friday, March 6, 2009

Membeli-belah di Serikin

Awal pagi 22 Feb 2009 (Ahad), kami bertolak ke Kampung Serikin yang terletak di daerah Bau. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Kami menyewa Pregio yang boleh memuatkan seramai 12 orang. Perjalanan kami turut ditemani oleh Shamsul. Zamri, pada mulanya beria-ia nak ikut, tapi kerana ada tugasan lain yang perlu diselesaikan, maka hasrat tu tak tercapai.

Serikin, perkampungan kaum Bidayuh yang terletak bersempadan dengan Kalimantan. Kata orang, kalau ke Sarawak, tidak sah kalau tidak ke Serikin. Tetapi, sepanjang penelitian saya, tidaklah ada yang istimewa sangat. Mungkin kerana saya bukan ‘kaki shopping’ menyebabkan hilang minat dan tumpuan.

Selain daripada penduduk tempatan, peniaga di sini juga terdiri daripada rakyat Indonesia yang menyeberangi sempadan khas datang untuk berniaga. Pelbagai barangan terdapat di sini seperti tikar, telekung, kain batik, periuk belanga, cenderamata, anyaman, keropok dll. Agak bosan juga berada di sini sebab tak boleh cuci mata (peniaganya tak ada yang rupa cam SRK, hehehe...).

Membeli-belah (kononnya) di Serikin. Yang dibeli hanya tikar, brooch dan belinjau.

Hampir tengah hari, kami bergegas pulang ke hotel untuk bersiap ke destinasi seterusnya iaitu Perkampungan Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village). Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di tempat penduduk tempatan menjual sayuran. Saya tertarikh dengan sejenis tumbuhan. Kata penjual, itulah daun sup. Tapi rupanya pelik semacam. Bila dihidu, memang bau macam sup.

Kami turut singgah makan ‘ayam penyek’, satu lagi makanan popular di Sarawak. ‘Ayam Penyek’ adalah hidangan paha ayam kampung yang digoreng garing, dihidang bersama ulam-ulaman dan sambal cili, dimakan dengan nasi putih. Hidangannya ringkas sahaja tetapi tetap menyelerakan. Ia seperti 'ayam pop' iaitu hidangan Minang, cuma bezanya ayam pop dihidang bersama cili kicap.


Ayam penyek yang telah dicubit sedikit isinya kerana perut telah berkeriot..

Setelah kenyang, kami balik ke hotel dan bersiap untuk ke Sarawak Cultural Village pula. Tunggu episod seterusnya.

2 comments:

mie3425 said...

Boleh bagi resepi Ayang Penyek untuk saya buat hidangan.

Atie_sl said...

Ala Mie, senang je...
Goreng je paha ayam tu sampai betul-betul garing (tapi ayam kampung tau, kalau ayam bandar tak sedap sebab montel sangat). Ulam dia pucuk ubi rebus, kobis mentah dan timun. Cilinya pulak buat cam nak masak sambal tumis tu.