Wednesday, December 24, 2008

Rahsia Teh Tarik Mamak


Tanggal 20/9/2006, saya menerima sebuah buku berjudul RAHSIA DAPUR daripada Pn Norzailina Nordin. Buku tersebut tertulis tulisan tangan beliau "especially for Pn Shaharwati. Semoga ia bermanfaat" (Puan? hehehe...). Buku ini adalah himpunan soal jawab resipi dari laman web Alaf 21 yang dijawab oleh chef selebriti ini.

Saya ingin berkongsi sedikit maklumat/petua yang terdapat dalam buku ini.
Untuk permulaan, saya akan bocorkan rahsia kesedapan teh tarik mamak.

"Pertama, mereka menggunakan campuran lebih 10 jenis daun teh (dalam kuantiti yang dibuat sendiri oleh mereka). Mungkin kombinasi teh cap R,S,T,U,V,W,X,Y dan Z (mampukah kita menyediakan ini di rumah?). Ada juga teh yang dibawa khas oleh mereka dari India.

Kedua, mereka hanya menggunakan susu pekat manis dan susu cair. Jika suka manis, lebihkan susu pekat manis. Susu cair akan memberikan 'buih' apabila teh itu ditarik. Ada juga yang mencapurkan sedikit creamer (dalam bentuk serbuk) untuk memberikan rasa lemak.

Ketiga, minuman itu dikacau dan dibancuh dengan sebatang sudu yang sengaja dicelupkan di dalam sebiji kole berisi air garam. Sudu ini digunakan berulang akli sepanjang hari. Titisan air garam yang terlekat pada sudu itulah yang memberikan rasa 'ummph' atau 'kaw' pada teh tersebut".

Dipetik dari RAHSIA DAPUR - Norzailina Nordin - halaman 172)

No comments: