Thursday, December 11, 2008

Pelancaran Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia

"Dengan perasaan yang penuh gembira, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, melancarkan buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965'.


Dengan kata-kata tersebut, maka buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965 telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.B. Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang diPertua Dewan Rakyat pada 11 Disember 2008, jam 9:32 pagi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran, Ahli Parlimen dan beberapa jemputan lain.

Saya ingin memetik kata-kata YB Tan Sri semasa ucapannya yang mengandungi maksud yang cukup mendalam. Antaranya :-

"Untuk mengetahui masa depan, kita perlu jenguk kepada sejarah"

"Mengambil pengajaran daripada sejarah negeri Melaka, pemimpin pada masa itu tidak patriotik (sehingga Melaka jatuh ke tangan penjajah)"

"Kita merdeka tanpa titisan darah"

"Di penghujung jajahan British, semua pemimpin bersatu (sehingga negara mencapai kemerdekaan)"

"Malaysia membangun sebagai sebuah negara melalui kerjasama semua bangsa"

Sebagai makluman, buku ini mengandungi himpunan perjanjian lama dan dokumen penting tentang Malaysia serta dari zaman Kesultanan Melayu dan penjajahan kuasa asing hinggalah ke zaman perjuangan kemerdekaan. ITNM telah menterjemah buku ini dengan kerjasama daripada pihak Arkib Negara yang turut menyumbang dokumen yang diperlukan.

Buku ini dijual dengan harga RM50.00 (kulit lembut) dan RM130.00 (kulit keras). Untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi ITNM di talian 03-41497210.


2 comments:

Unknown said...

Atie kalau ada gambar lagi menarik. boleh ambil dari saya punya blog! I tak kisah..aiman pun tak kisah

Unknown said...

Maksud saya gambar buku itu