Wednesday, July 1, 2009

Tugas Baru

Hampir 3 bulan blog ni tak bernyawa. Tapi cuba nak hidupkan semula mulai hari ni.

1 Julai 2009, bermula tugas baru di Unit HR. Dari tingkat 5 ke tingkat 2. Dah terbiasa, awal pagi terus tekan lif no.5, dah pijak karpet merah baru teringat. Oh! Tempat aku bukan lagi di sini. Alang-alang di tingkat 5, terus jumpa Ina, terangkan serba sedikit kepada Ina tentang beberapa perkara. Komputer pun mula dialih ke tempat baru. Jam 10:00 pagi, bermesyuarat dengan En Razin dan semua staf Unit HR. Tugas bermula jam 11:30 pagi. Hmmm... banyak juga. Semuanya nak kejar dateline untuk laporan mesyuarat JK sumber manusia tak lama lagi.

Walau ada yang gelar "guru disiplin", "pengawas" dan sebagainya, tak apalah. Gelarlah apa pun. Yang penting saya perlu laksanakan tugas yang diamanahkan. Kalau tak buat, maknanya saya tidak amanah. Kalau tak amanah, gaji yang saya dapat tu macam mana pulak?

Sepanjang bertugas sebagai PA, ada pahit manisnya. Yang paling manis, bila diri rasa dihargai. Tak kisahlah dengan apa cara sekalipun. Tapi yang pahitnya bila ada yang tak senang dengan diri ini. Minta maaflah kalau ada dokumen yang kena dibetulkan dulu sebelum bawa masuk kat big boss. Kalau dah nampak silap atau ada yang tak kena, takkan nak bawa masuk juga, kan. Dan minta maaf juga kalau ada surat, paper work dll yang kena edit sedikit. Bukan nak tunjuk pandai tapi tak senang hati nak serah kat big boss. Sering cuba nak jadi baik (kalau tidak terbaik pun), tapi...Allahualam...

Cukup untuk setakat hari ini. Nak sambung kerja pulak.

p/s : Kat tingkat 2 ni ramai pulak pak lebai hari ni. Saiful beli banyak kopiah nak sedekah. Moga dapat banyak pahala. Rahman pulak memanjang dengan lagu nasyidnya. Bila dia balik baru boleh pasang lagu omputih... nak pasang masa dia ada, malu plak...hehehe...

2 comments:

Unknown said...

saiful beli banyak kopiah..dia balik umrah ke? Tak taupun

Atie_sl said...

Taklah... dia nak sedekah le tu.. sapa yang dia nampak dia bagi le. Nanti Chelah pun dapat tu. Malam ni tengok le semanis kurma. Dia kata dia dijemput malam ni... Hmmm.